
Kota Kinabalu: Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) akan pastikan kerusi Tanjung Aru, Tanjung Keramat dan Petagas dimenangi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada pilihan raya negeri (PRN17) ini.
Ketua Bahagian PGRS Tanjung Aru, Datuk Awang Ahmad Sah Sahari berkata, keyakinan itu berdasarkan situasi semasa susulan sentimen parti lokal yang tinggi dalam kalangan rakyat Sabah ketika ini.
Menurutnya, situasi itu juga menggambarkan kegoyahan Umno Sabah khususnya Umno Bahagian Putatan yang sebelum ini yakin mampu merampas ketiga-ketiga kerusi itu pada PRN17 ini.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Sentimen itu juga satu mesej jelas penolakan rakyat Sabah terhadap parti luar khususnya Umno, sebaliknya rakyat menyokong GRS sebagai sebuah gabungan parti tempatan.
“Situasi ini dapat dilihat daripada tinjauan yang kami lakukan, khususnya di kawasan Petagas, Tanjung Aru dan Tanjung Keramat, yang menunjukkan majoriti rakyat menolak parti nasional, sebaliknya menyokong GRS.
“Sokongan golongan muda, terutamanya pengundi baru dan atas pagar juga rata-ratanya memilih GRS dan kepimpinan tempatan untuk terus mengemudi Sabah selepas PRN17 ini.
“Bagi rakyat, hanya parti tempatan seperti GRS yang memahami denyut nadi rakyat Sabah,” katanya ketika ditemui di Kejohanan Bola Sepak Fut8 Terbuka Tanjung Aru anjuran PGRS Bahagian Tanjung Aru, di sini, Ahad lepas.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Putatan, Jeffrey Nor Mohamad, yang sebelum ini menyuarakan keyakinan untuk menawan ketiga-tiga kerusi itu pada PRN17.
Jeffrey berkata keyakinan itu wajar memandangkan tiga kerusi berkenaan sebelum ini adalah milik Umno, khususnya Petagas, yang sebelumnya adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN).
Awang, yang juga Adun Petagas, berkata aspek menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat menerusi hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) juga menyumbang kepada sokongan rakyat itu.
Beliau berkata, di bawah kepimpinan Ketua Menteri yang juga Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, pelbagai bantuan disalurkan dalam bidang pendidikan, sosial dan pembangunan.
“Di bawah agenda SMJ, kerajaan GRS di bawah kepimpinan Ketua Menteri (Hajiji) yang juga Presiden PGRS telah menyalurkan banyak bantuan serta insentif yang signifikan kepada rakyat.
“Menerusi bidang pendidikan saja, terdapat banyak inisiatif percuma untuk anak-anak Sabah yang belum pernah dilaksanakan kerajaan sebelumnya, termasuk bantuan rumah SMJ, Syukur serta banyak lagi.
“Semua faktor ini menyumbang kepada sokongan rakyat terhadap GRS khususnya di kawasan Petagas, Tanjung Aru dan Tanjung Keramat, sekaligus menyumbang kerusi buat GRS pada PRN17 ini,” katanya.
