Jambatan Runtuh, Penduduk Putus Bekalan Air

LocalEnvironment
24 Aug 2024 • 6:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kira-kira 10,000 penduduk di daerah Muallim terputus bekalan air dan elektrik susulan kejadian kepala air dan empangan pecah di Slim Village, Slim River, Perak semalam.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, gangguan bekalan air berlaku sejak semalam disebabkan loji rawatan air pecah akibat jambatan runtuh.

"Saya difahamkan ada 10,000 akaun, ia kira-kira 70 peratus terkesan dan kita pun tidak boleh tergesa-gesa untuk baik pulih semalam kerana pada waktu malam tetapi hari ini telah ambil tindakan.

"Jadi kita akan perbaiki itu dan buat sementara kita akan cuba untuk membekalkan air kepada penduduk dengan secepat mungkin," katanya selepas meninjau keadaan runtuhan jambatan di Jalan Slim River-Behrang Ulu, di Ulu Slim.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved