Jambatan Slim River – Behrang Ulu Runtuh Akibat Kejadian Kepala Air Dan Empangan Pecah

LocalEnvironment
24 Aug 2024 • 1:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah jambatan di Slim River, Perak telah didapati runtuh semalam berikutan kejadian kepala air dan empangan pecah. Jambatan Slim River – Behrang Ulu itu terputus dua dan arus deras juga telah menghanyutkan banyak batang pokok dan sampah sarap ke lokasi kejadian.

Kejadian jambatan runtuh itu dilaporkan oleh @redzuanNewsMPB di akaun X dan boleh dilihat di bawah.

image is not available

Seorang pengguna X yang lain @NeG0Ri9 turut berkongsi keadaan semasa selepas di Slim River selepas kejadian itu berlaku.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

 

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata kepada Bulletin TV3, sebuah jamabtan sementara akan dibina bagi menghubungkan Slim River dan Behrang Ulu.

Tambah beliau, pembinaan jambatan Bailey itu akan dimulakan pada hari ini dijangka siap dalam tempoh 5 hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.