Jambatan sementara Jalan Kubu Gajah dijangka siap 24 November, kerja mula hari ini

12 Nov 2026 • 4:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Jambatan sementara Jalan Kubu Gajah dijangka siap 24 November, kerja mula hari ini

SHAH ALAM, 12 NOV: Jambatan sementara (Bailey Bridge) sepanjang 36 meter di Jalan Kubu Gajah disasarkan siap selewat-lewatnya 24 November susulan kejadian runtuhan tebing sungai sebelum ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Petaling memaklumkan kerja pemasangan jambatan berkenaan bermula hari ini bagi menangani keadaan di lokasi terjejas.

Menurut jabatan itu, beberapa kerja persediaan telah diselesaikan termasuk pengalihan utiliti dan pemasangan batu perlindungan di kawasan tebing sungai.

“Kerja pengalihan utiliti telah selesai sepenuhnya, manakala kerja pemasangan batu perlindungan di kawasan tebing sungai juga telah siap,” menurut kenyataan JKR Daerah Petaling menerusi Facebook.

Bagaimanapun, kerja penyediaan kawasan bagi penempatan dan penyusunan komponen jambatan masih giat dilaksanakan sebelum proses pemasangan dimulakan.

“Jambatan sementara ini disasarkan siap selewat-lewatnya 24 November 2026, tertakluk kepada keadaan cuaca dan kelancaran kerja di tapak,” tambah kenyataan itu.

Sementara itu, orang ramai diminta berhati-hati dengan pergerakan lori dan kenderaan berat yang membawa komponen jambatan, selain mengelakkan kawasan tapak kerja, mematuhi arahan keselamatan serta menggunakan laluan alternatif sepanjang kerja dijalankan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved