Kampung Melayu Subang tenggelam lagi lepas hujan lebat 2 jam

7 Nov 2026 • 10:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kampung Melayu Subang tenggelam lagi lepas hujan lebat 2 jam

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berterusan selama kira-kira dua jam petang tadi mengakibatkan Kampung Melayu Subang kembali dilanda banjir kilat, selain Jambatan Jalan Jati yang merentasi Sungai Damansara ditutup susulan runtuhan tebing sungai.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, insiden banjir kilat berpunca daripada limpahan sistem perparitan dan bukannya disebabkan oleh fenomena air pasang besar.

“Hujan lebat petang tadi telah menyebabkan sistem perparitan tidak dapat menampung jumlah air, namun keadaan air di kawasan terjejas kini dilaporkan semakin surut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor menerusi satu kenyataan berasingan memaklumkan Jambatan Jalan Jati di Seksyen U6, Kampung Melayu Subang ditutup kepada semua jenis kenderaan atas faktor keselamatan susulan hakisan teruk pada struktur penampan (abutment) jambatan.

Menurut JKR, insiden hakisan dan runtuhan tebing berlaku berikutan kenaikan paras air serta aliran deras Sungai Damansara susulan hujan lebat yang berterusan.

“Pelan Pengurusan Trafik telah dilaksanakan bagi mengawal pergerakan kenderaan dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif melalui Lorong Cempaka serta mematuhi papan tanda lencongan di lokasi,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan JKR Selangor akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan sementara di kawasan terjejas dan tertakluk kepada tahap keselamatan tapak serta bekalan bahan daripada kuari memandangkan melibatkan tempoh cuti umum.

Bagi tindakan jangka panjang, jabatan itu memaklumkan permohonan peruntukan akan dikemukakan bagi melaksanakan kerja pembaikan kekal struktur abutment jambatan dan perlindungan tebing Sungai Damansara demi memastikan kestabilan jambatan berkenaan. – BERNAMA

The post Kampung Melayu Subang tenggelam lagi lepas hujan lebat 2 jam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved