James Gunn Nak Cuba Nasi Lemak & Roti Canai, Pilih Keluang Man Jadi Sidekick Superman!

9 Jul 2025 • 9:52 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pengarah filem Superman 2025, James Gunn belum pernah ke Malaysia namun tertarik dengan makanan popular negara iaitu Nasi Lemak dan Roti Canai.
 

Pilih Keluang Man jadi sidekick Superman


Menerusi permainan cabaran berjudul ‘This and That’, James diminta untuk memilih salah satu hidangan makanan tempatan Malaysia itu.


 


Bagaimanapun, James tidak dapat membuat pilihan dan memilih kedua-dua makanan tersebut.


 

“Saya akan memilih kedua-duanya, saya akan meletakkan Roti Canai di atas Nasi Lemak dan makan keduanya,” ujarnya.

 


 Tidak cukup dengan itu, James juga memilih superhero ikonik negara iaitu Keluang Man sebagai ‘sidekick’ Superman berbanding Cicak Man.


 

“Mereka berdua sangat cool, tetapi saya pilih Keluang Man,” katanya.

 

        View this post on Instagram                      

A post shared by GSC (@gscinemas)


Jadi nak tahu betapa hebatnya superhero tempatan,  jangan lupa saksikan Keluang Man di pawagam rumah anda, Astro First, On Demand Store dan sooka bermula 10 Julai ini.


 


 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved