Jana RM2,000 jual sarung, hulu senjata

29 Sep 2026 • 7:42 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jana RM2,000 jual sarung, hulu senjata

MARAN: Bermula sekadar hobi selepas waktu mengajar, seorang pesara guru kini mampu meraih pendapatan sehingga RM2,000 sebulan hasil kraf tangan sarung dan hulu senjata tradisional termasuk parang serta keris.

Khalib Samah, 69, yang tinggal di Perumahan Rantau Pe­rintis, Bandar Pusat Jengka di sini berkata, dia mula berminat menghasilkan kraf tangan itu selepas melihat seorang penduduk dikenalinya sebagainya Awang menghasilkan pelbagai bentuk sarung dan hulu parang termasuk senjata lain ketika bertugas di sebuah sekolah rendah di Kampung Ulu Cheka, Je­rantut pada 1984.

“Saya mula membuat kraf tangan selepas waktu mengajar hasil tunjuk ajar penduduk berkenaan walaupun pada mulanya agak sukar dan mengambil masa menyiapkannya.

“Lama-kelamaan tanpa jemu, saya boleh menguasai kemahiran berkenaan sehinggalah bertukar ke sekolah lain lalu meneruskan hobi berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Khalib yang bersara pada 2015 sebagai guru kaunseling di sekolah menengah di Wilayah Jengka berkata, bermula sebagai hobi kini kreativi­tinya menghasilkan pendapatan lumayan.

Katanya, dia memilih kayu berkualti, jenis bercorak atau berteras seperti jus kayu, kemuning, sepetir, kenaung, cempedak, nangka, arang bunga dan batang kelapa untuk membuat kraf tangan tersebut.

“Proses dimulakan dengan melukis bentuk parang dan keris yang bersesuaian di atas kayu yang dipilih lalu dipotong dengan gergaji dan ditebuk menggunakan mesin penebuk di bengkel belakang rumah.

“Cantuman kedua belah kayu (sarung) dan hulu menggunakan gam kayu, manakala seterusnya kerja mencanai permukaan dilakukan menggunakan mesin serta kemudiannya menggosok dengan dengan kertas pasir supaya kelihatan licin,” katanya. – UTUSAN

The post Jana RM2,000 jual sarung, hulu senjata appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved