'Janda atau anak dara? Tak perlu 'bitter' & sibuk 'judge'' – Fazley Yaakob kongsi tentang jodoh, nasihat netizen cari hobi baharu

30 Mar 2026 • 5:14 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

BILA cinta melangkah ke fasa lebih serius, bukan sahaja hati pasangan yang berbunga, malah masyarakat turut terkesan.

Begitulah kisah pertunangan Bella Astilah dan YB Syed Saddiq baru-baru ini yang mencuri perhatian ramai.

Ramai menitiskan air mata kegembiraan melihat pasangan ini melangkah setapak lagi, seolah memberi inspirasi bahawa cinta sejati tidak mengenal latar belakang.

Namun, seperti lumrah dunia maya, ada juga segelintir yang mengkritik, lebih-lebih lagi berkaitan status ibu tunggal Bella.

Mereka berpendapat YB Syed Saddiq yang masih bujang wajar mencari pasangan 'lebih sekufu'.

Tetapi, kebahagiaan rumah tangga tidak diukur dengan status anak dara atau janda, sebaliknya sikap, tanggungjawab, dan keikhlasan dalam menjadi pasangan itu yang paling utama.

image is not available

Datuk Fazley Yaakob menegaskan dalam hantaran di Thread miliknya:

"Tak ada salahnya pun kahwin dengan 'bekas orang' 'Janda dengan excess baggage' 'Dulu isteri si polan', hati akan tetap memilih siapa ia mahu, kalian yang namanya tak disebut di dalam akad 'Aku terima nikahnya…'

"Tak perlu nak bitter, nak sibuk judge dan nak mencari kelemahan orang. Biasanya orang macam ni memang tak berdamai dengan kebahagiaan sendiri, lalu mereka berusaha mencari keseronokan dan kepuasan di dalam mencela kehidupan orang lain.

"Pergilah cari hobi baru ok? Belajar memasak atau baking pun ok!"," ujarnya panjang lebar.

image is not available

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi warganet:

"Betul.. Nama pun jodoh...Tak kira la apa yang berlaku sebelum n sesudahnya..."

"Jodoh itu hak ALLAH SWT. Janji do it properly and not by force. Yang tak elok tu ialah penyondol or a married man yang tak mampu but gatal nak cari bini baru while he is still married. Itu nak kena."

"Good advise.. Kesian kat orang macam ni di bayangi oleh kekurangan diri sendiri kan. Manfaat juga kalau belajar masak atau pi cari gelandangan bagi makan.. Ni tak habis-habis dok fokus cari salah org.. So insecure..."

"The first time i’m agree with u Datuk.. Soo smart statement."

"Betul Datuk, cooking is a real self theraphy!"

image is not available

Pertunangan pasangan #BASS membuktikan bahawa jodoh dan kebahagiaan bukan perkara untuk dihakimi.

Seperti kata-kata Datuk Fazley dan warganet, hati manusia tetap punya pilihan, dan cinta sejati sering muncul dari keikhlasan, bukan sekadar persepsi masyarakat.

View Original Article