Janda, lelaki sewa rumah hanya untuk lepas ‘rindu’

18 Nov 2026 • 8:52 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Janda, lelaki sewa rumah hanya untuk lepas ‘rindu’

KLUANG – Seorang wanita berstatus janda ditangkap berdua-duaan dengan seorang lelaki dalam sebuah rumah singgah melalui pemeriksaan rambang penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) malam tadi.

JAINJ dalam kenyataan berkata, pasangan kekasih masing-masing berusia 20 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 2.10 pagi selepas mereka gagal membuktikan mempunyai sebarang ikatan perkahwinan yang sah.

Sebelum itu, pihak penguat kuasa terpaksa menunggu kira-kita tiga minit sebelum pintu rumah singgah yang disewa mereka berdua dibuka oleh seorang wanita dalam keadaan berkemban dan mengenakan baju T ketat.

Penguat kuasa kemudiannya membuat pemeriksaan namun tidak menemui sesiapa dalam bilik tidur sebelum mendapati pintu tandas tertutup serta berkunci.

Namun, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat seorang lelaki dengan hanya berseluar dalam bersembunyi disebalik pintu tandas.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mereka tinggal di Kluang dan berkawan baik sejak dari bangku sekolah selain menyewa rumah singgah itu hanya untuk ‘melepas’ rindu,”ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana berkhalwat. – KOSMO! ONLINE

The post Janda, lelaki sewa rumah hanya untuk lepas ‘rindu’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved