
PETALING JAYA – Seorang lelaki kurang siuman berusia lingkungan 30-an ditahan selepas dipercayai menceroboh dan memecahkan cermin sebuah rumah di Jalan 5/17A, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.25 pagi.
Menurutnya, hasil siasatan di lokasi dan keterangan saksi mendapati lelaki berkenaan dipercayai menceroboh serta memecahkan cermin rumah sebelum ditemukan terbaring di halaman kediaman tersebut.
“Suspek berusia lingkungan 30-an telah ditahan dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan kerana dipercayai mengalami kecederaan akibat kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 447/427 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya menerusi talian 03-7966 2222 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki ceroboh rumah, pecah cermin ditahan appeared first on Kosmo Online.



![[VIDEO] ‘Kereta Mazda tu, orang dah hon tak nak berhenti’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/43d1f399-d9a0-4c5c-87d4-4b34895a574c-1024x682.jpeg)

