Janda Muda Kongsi Mimpi Ngeri Jadi Mangsa Pemerdagangan Manusia

11 Aug 2026 • 10:05 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Harapan seorang ibu tunggal untuk mencari pendapatan lebih baik demi tiga anaknya bertukar menjadi pengalaman menakutkan selepas menerima tawaran kerja di luar kawasan.

Wanita berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Amelia itu mendakwa dirinya menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia selepas tertarik dengan peluang pekerjaan yang ditawarkan menerusi media sosial.

Janda muda lihat tawaran kerja dari Facebook

Image from: Janda Muda Kongsi Mimpi Ngeri Jadi Mangsa Pemerdagangan Manusia
Kredit Foto: Janaan AI

Sebelum kejadian, Amelia bekerja di sebuah kilang dengan pendapatan rendah dan melihat tawaran bekerja sebagai kakitangan kafe serta restoran di Tanjung Pandan, Belitung, Indonesia sebagai peluang untuk memperbaiki kehidupan keluarganya.

Pekerjaan itu menawarkan pendapatan Rp3 juta atau kira-kira RM730 sebulan, selain kos perjalanan dikatakan akan ditanggung sepenuhnya.

Menurut Amelia, dia menemui tawaran tersebut menerusi Facebook sebelum berhubung dengan seorang lelaki dikenali sebagai Govin yang menjadi pengantara dengan pihak yang menawarkan pekerjaan berkenaan.

Dakwa dikurung selepas tiba

Image from: Janda Muda Kongsi Mimpi Ngeri Jadi Mangsa Pemerdagangan Manusia
Kredit Foto: Janaan AI

Namun, keadaan didakwa berubah sebaik sahaja Amelia tiba di Belitung. Dia mendakwa terus dikurung di sebuah asrama sebelum dipaksa meneguk minuman keras sehingga pengsan.

Lebih mengejutkan, wanita itu turut mendakwa diugut supaya melayan lelaki hidung belang. Amelia dilaporkan merupakan antara beberapa mangsa yang didakwa terjerat dengan tawaran pekerjaan menerusi media sosial sebelum dieksploitasi.

Kes yang dialaminya menunjukkan bagaimana tawaran pekerjaan dengan janji pendapatan lebih tinggi boleh berubah menjadi situasi berbahaya apabila seseorang terperangkap dengan pihak yang tidak bertanggungjawab.

The post Janda Muda Kongsi Mimpi Ngeri Jadi Mangsa Pemerdagangan Manusia appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved