Jangan ambil hati, kami bergurau memang macam ini – Isteri Remy Ishak

EntertainmentLifestyle
12 Jan 2026 • 4:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menerima kecaman netizen susulan perkongsian gambar bersama seorang ‘wanita’ di media sosial, isteri kepada pelakon Remy Ishak, Ezza Yusof tampil mempertahankan tindakan suaminya itu.

Ezza menjelaskan, gambar berkenaan sebenarnya merupakan hasil janaan kecerdasan buatan (AI) dan dimuat naik sekadar gurauan antara mereka berdua.

“Kami bergurau memang begini. Jangan ambil hati, ya,” katanya ringkas menerusi hantaran di Threads.

image is not available

‘Kami bergurau memang macam ini..’

Dalam perkongsian sama, Ezza turut memuat naik tangkap layar perbualan yang memaparkan Remy berkongsi foto bersama wanita tersebut kepadanya.

Mengakui sudah terbiasa dengan perangai suaminya, Ezza berseloroh menyifatkan tindakan Remy itu sebagai ‘gila’.

“Kenapa ada dimple (lesung pipit) juga,” soal Ezza dalam tangkap layar berkenaan.

Remy kemudiannya membalas dengan menjelaskan foto tersebut dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan.

“Manalah aku tahu. ChatGPT punya kerja. Saya nak muat naik ke IG Story,” jawab Remy.

image is not available

Artikel lain: Remy Ishak kongsi tips mandi garam, elak aura negatif – “Ilmu ini dapat waktu saya kemurungan”

Sebelum ini, aktor berusia 44 tahun itu dikecam netizen selepas memuat naik gambar yang menunjukkan dirinya bersama seorang wanita yang disangka individu sebenar.

Hantaran tersebut sekali gus menimbulkan dakwaan tidak menghormati perasaan isteri.

image is not available

Bagaimanapun, perkongsian berkenaan telah dipadam selepas menerima kecaman daripada netizen yang rata-rata menyifatkan tindakannya itu sebagai tidak wajar.

Sumber: Threads ezzarl