Jangan anggap kebaikan rakyat Malaysia satu kelemahan

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 6:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jangan anggap kebaikan rakyat Malaysia satu kelemahan

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak pernah menolak nilai kemanusiaan, termasuk membantu pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada konflik dan penindasan, namun sikap baik rakyat negara ini tidak seharusnya dianggap sebagai satu kelemahan.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Langat, Wan Zulaika Anua berkata, rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sifat pemurah apabila sanggup menghulurkan makanan, pakaian dan tempat tinggal kepada golongan yang memerlukan.

Menurutnya, bantuan itu diberikan atas dasar kemanusiaan, malah ketika rakyat Malaysia sendiri berdepan pelbagai kesusahan.

“Rakyat Malaysia adalah rakyat yang baik hati. NGO membantu, orang ramai memberikan makanan, pakaian dan tempat tinggal.

“Namun, kebaikan rakyat Malaysia jangan dianggap sebagai kelemahan rakyat Malaysia,” katanya ketika membahaskan usul keselamatan rakyat dan masa depan generasi pada Perhimpunan Agung UMNO.

Beliau berkata, sesiapa sahaja yang berada di negara ini perlu menghormati Malaysia, undang-undang serta rakyat tempatan.

“Kita membantu kerana kita manusia. Kita bersimpati kerana kita ada hati. Kita diam dan bersabar kerana kita memilih untuk berperikemanusiaan. Tetapi sesiapa sahaja yang berada di negara ini mesti menghormati Malaysia, undang-undang Malaysia dan rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Zulaika menegaskan isu Rohingya perlu diuruskan secara lebih tersusun dengan data yang jelas, termasuk mengenal pasti identiti serta lokasi penempatan mereka.

Katanya, tindakan juga perlu diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang tanpa mengira latar belakang atau negara asal.

“Kita boleh tegas tanpa zalim. Kita boleh berperikemanusiaan tanpa menggadaikan keselamatan rakyat, kemanusiaan kita jaga, keselamatan rakyat kita utamakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Jangan anggap kebaikan rakyat Malaysia satu kelemahan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved