“Jangan Bagi Alasan Bod*h” – Lelaki Sanggup Mengaku Mandul Gara-Gara Tak Nak Tanggungjawab

14 Feb 2023 • 1:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Perbuatan zina merupakan salah satu daripada dosa besar dan amat dilarang dalam agama. Sesiapa yang sudah terlanjur wajib bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

Janganlah pula menjadikan ia perkara normal pada masa kini sehingga seseorang dah tak rasa bersalah melakukan dosa.

Seperti perkongsian viral di Twitter ini, seorang lelaki sanggup mengaku mandul gara-gara tak mahu bertanggungjawab dengan anak di dalam kandungan kekasihnya.

Menerusi screenshot yang tular, lelaki itu berkata, dia dah buat pemeriksaan di hospital dan katanya doktor sendiri yang mengesahkan perkara itu.

Kekasih mengaku mandul

image is not available

Lelaki ini mahu kekasihnya jujur sama ada dia pernah terlanjur dengan lelaki lain. Kekasihnya jujur berkata dia memang tak pernah dengan lelaki lain dan menganggap lelaki itu hanya beri alasan bodoh.

I baru je dapat panggilan daripada doktor 2 hari lepas. Doktor bagitahu I tak boleh ada anak. Jadi I nak tahu betul ke tidak, you kena jawab dengan jujur. Betul ke itu anak I atau anak lelaki lain? Sebab I 100% pasti I tak boleh buat anak.

Gadis ini berkata, lelaki itu mengaku mandul selepas ada kekasih baru dan meninggalkan dirinya terkontang kanting.

image is not available

Allahu, semoga kita semua dihindarkan daripada lelaki tak bertanggungjawab seperti ini. Jelas sekali, perbuatan zina adalah perbuatan jijik dan tak bermoral yang boleh merosakkan nasab keturunan dan maruah manusia.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.