
Animasi-animasi mempunyai kandungan yang bahaya untuk kanak-kanak
Jangan Bagi Anak Tengok Animasi Ini, Individu Dedah Ada Unsur Berbahaya. Seperti yang kita boleh lihat sekarang, terlalu banyak kartun atau animasi menarik buat kanak-kanak, malah mereka bebas memilih pelbagai cerita kegemaran mereka di saluran YouTube, dan banyak lagi.
Seorang individu memuat naik satu hantaran mengenai animasi-animasi yang berbahaya untuk kanak-kanak menonton.
Menerusi perkongsiannya di laman Facebook itu, individu tersebut berpesan dan meminta ibu bapa untuk pastikan anak-anak tidak menonton animasi-animasi yang disenaraikan.
1.Happy Tree Friends

Individu itu mengatakan animasi tersebut Nampak comel, namun animas comel ini menunjukkan adegan yang bahaya seperti membunuh dengan sewenang-wenangnya.
2.Long Horse – Darkest of Dreams

Matlamat animasi ini adalah untuk memberi amaran kepada manusia tentang buhaya yang akan datang, bahkan ia boleh memasuki mimpi orang. Bukan itu sahaja, jika seseorang merenung leher Long Horse untuk seketika tanpa mengalihkan pandangan, ia akan hancur menjadi debu.
3.Mommy Long Legs with Heart

Selepas itu, animasi ini pula menghukum pemain melalui stesen permainan untuk membalas dendam terhadap sainstis yang menggunakan kanak-kanak itu.
4.Kissy Missy Found Huggy Wuggy

Manakala, animasi ini mengisahkan watak Missy yang baik hati dan cantik, tapi sebaliknya boleh bertukar menjadi raksasa jahat yang mempunyai niat untuk membunuh.
5.Among Us Animation

Dalam pada itu, animasi ini paling terkenal di kalangan kanak-kanak, malah remaja, namun ia mempunyai unsur keganasan yang sangat dasyat.
6. Skibidi Toilet

Animasi Skibidi Toilet ini paling menakutkan setakat ini, sampai meremang bulu roma menontonnya. Apa yang lebih sadis, kanak-kanak turut menonton animasi yang menunjukkan aksi-aksi ganas itu.
Sebelum ini, satu hantaran pernah tular mengenai seorang guru tadika menasihatkan ibu bapa untuk pantau anak-anak agar tidak menonton kandungan ‘Skibidi Toilet’ tersebut kerana bahaya untuk perkembangan otak kanak-kanak.


