“Siapa yang buat kerja jijik ni?” – Caprice Jumpa Bungkusan ‘Misteri’ Atas Kereta Isteri

Entertainment
29 Aug 2023 • 4:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi rap, Caprice memuat naik satu hantaran baharu di akaun Instagramnya mendakwa ada individu yang tidak berpuas hati dengan isterinya, Farra Inalis.

Menerusi video tersebut, Carprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan mereka menemui satu bungkusan ‘misteri’ yang diletakkan di atas bonet kereta Inalis.

Menurutnya, dia percaya isterinya menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab disebabkan bungkusan itu hanya diletakkan di atas kenderaan Inalis dan bukan pada kereta lain.

image is not available

Katanya lagi, dia berasa hairan bagaiamana pelaku itu boleh memasuki ruang tempat letak kereta kediamannya memandangkan dia tidak pernah mendedahkan kawasan perumahannya secara terbuka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

“Saya percaya isteri saya menjadi mangsa sasaran individu berkenaan. Ini tak lawak. Dah level ganggu keselamatan keluarga saya. Sesiapa yang buat kerja jijik ini? Kalau ada cari Caprice,” katanya.

Susulan itu, Caprice dan isteri membuat laporan polis berhubung penemuan bungkusan tersebut kerana dianggap telah mengganggu keselamatan keluarganya.

Menjengah ke ruangan komen, Caprice memberitahu bungkusan yang dibalut dengan pelitup muka itu berisi tisu dan dipercayai terdapat air mani di dalamnya.

image is not available

Malah, ada netizen yang mendakwa objek yang diletakkan di atas kereta isterinya itu adalah sejenis sihir namun Caprice menyatakan tidak pasti dengan perkara itu.

Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya meminta Caprice dan keluarga untuk sentiasa berhati-hati.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.