Jangan Berikan Madu Dekat Bayi! Doktor Kongsikan Ia Boleh Bawa Maut

Family & Parenting
20 Dec 2023 • 4:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dinafikan madu ini mempunyai khasiatnya tersendiri, pasti ada antara kita yang pernah mendengar bahawa madu ini memang bagus diberikan kepada kanak-kanak. Namun seorang doktor ini menjelaskan ia boleh membawa maut jika diberi kepada bayi.

Tular satu kes di mana seorang bayi berumur 3 bulan tiba-tiba berubah menjadi lemah, mengalami kesukaran bernafas, terkena jangkitan kuman di paru-paru dan hypotonia (seluruh badan lemah dan terkulai layu).

Seorang doktor, Dr Qarafi Tee kongsikan kisah tersebut menerusi laman TikTok miliknya, katanya, setelah beberapa hari dikejarkan ke hospital, keadaan bayi tersebut menjadi lebih teruk sampailah doktor terdetik untuk mengambil sampel najis pada bayi tersebut.

Setelah mengetahuinya, ternyata doktor mendapati bahawa punca bayi tersebut dijangkiti kuman adalah Clostridium Botulinum, satu bakteria yang mampu mengeluarkan toksik yang jadi penyebab otot bayi tersebut paralisis dan tak boleh bergerak.

Setelah dikaji, rupanya ibu bapa kepada bayi tersebut memberikannya makan mad., Menurut doktor ini, sistem pencernaan orang dewasa tidak sama seperti kanak-kanak, jadi berdasarkan kajian, madu mengandungi bakteria tersebut.

@qarafitee

Jangan bagi anak korang makan ni. terutamanya berumur 1 tahun ke bawah #drqarafitee #fyp #viral #learnontiktok

♬ Spooky, Quiet, Scary Atmosphere Piano – Bucyrus Audio

Kenyataan Dr Qarafi ini disokong oleh Dr Samhan menerusi akaun X miliknya, dia menjelaskan bahawa madu memang berkemungkinan besar ada bakteria tersebut dan menjadi penyumbang kepada keracunan yang dinamakan botulism.

Jadi, antara cara untuk mencegah bayi daripada terkena botulism ini adalah, ibu bapa perlu berhati-hati jika makan di luar bersama bayi untuk memastikan sajian tersebut tidak mengandungi madu.

Malah, jika mengambil rawatan alternatif, pastikan remedi itu tidak berunsurkan madu dan hati-hati dengan makanan yang diproses bersumberkan madu kerana bakteria ini tidak musnah walaupun sudah diproses.

Dr Samhan dan Dr Qarafi turut menasihatkan ibu bapa bahawa madu memang tidak elok untuk diberikan kepada bayi di bawah umur 1 tahun.

Sumber : TikTok, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.