"Jangan Bimbang, KL Selamat," - PM

LocalPolitics
30 Aug 2024 • 4:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Kuala Lumpur (KL) adalah bandar raya yang masih selamat untuk dikunjungi.

Ini kerana beliau sudah melalui kawasan kejadian tanah jerlus itu dan tindakan segera sudah diambil oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengatasi perkara berkenaan.

"(Melalui laporan) tanah mendap (jerlus) itu sudah di 'establish through technical study' dan tidak ada sebarang masalah (ditemui setakat ini).

“Cuma (sekarang) kawasan yang dianggap perlu diperkukuh itu (tanah) kita buat segera (untuk atasi).

image is not available

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa juga membuat pemantauan dan meneliti setiap hari (perkembangan tanah mendap berkenaan) yang setakat ini belum ada kekurangan (tidak perlu gusar) kerana KL masih selamat," katanya.

Sebelum ini, ada desas-desus mengatakan bahawa tempat yang paling tidak selamat di Malaysia adalah KL yang berpotensi berlaku 'giant sinkhole' pada bila-bila masa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved