“Jangan buat fitnah” – Erra Fazira Nafi Tahu Punca Cerai Engku Emran & Noor Nabila

Entertainment
26 Sep 2023 • 11:20 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, Engku Emran dan Noor Nabila telah sah bercerai talak satu semalam.

Engku Emran yang juga bekas suami kepada pelakon ternama Indonesia, Laudya Cynthia Bella serta pelakon tempatan Erra Fazira itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, tengah hari semalam.

Selain itu, Noor Nabila yang juga kakak kepada selebriti terkenal Neelofa menyifatkan perceraian mereka itu sebagai takdir yang sudah tertulis dan dia reda dengannya.

Pun begitu, semalam tular sebuah khabar angin yang menyatakan bekas isteri Engku Emran iaitu Erra Fazira tahu tentang punca sebenar perpisahan itu.

Namun, menerusi Instagram miliknya pelakon filem Sembilu itu menafikan perkara tersebut dan mengatakan ianya adalah satu fitnah.

image is not available

“Jangan macam ni, nak sensasi pun, jangan buat fitnah. Saya tidak pernah memberi sebarang komen sebegini!

Saya hormati privasi ayah kepada anak saya dan pasangan,” tulisnya.

Malah, Erra Fazira juga turut mengingatkan orang ramai agar tidak mempersendakan jalan kehidupan orang lain kerana kita sendiri belum tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Hal peribadi orang jangan kacau okay guys?

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.