Seminggu dua ini, kecoh di media sosial perbalahan di antara pelakon Zarina Anjoulie dan tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey. Keadaan menjadi semakin panas apabila masing-masing berbalas kenyataan seakan tak berpuas hati di antara satu sama lain.
Terbaru, tular pula video memaparkan Datuk Seri mengaku masih sayangkan tunangnya itu. Katanya, dia sayang tahap maut sampai botak kepala dibuatnya.
Papa masih sayang Anju
Menerusi video yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok @imyoursbestie, Datuk Seri berkata dia akan berjumpa bapa Anju pada 17 hari bulan untuk berbincang mengenai masalah mereka.
Beliau memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik buatnya dan semoga urusan mereka berjalan dengan lancar.
“Jangan buat kantoi”
Dalam pada itu, pembantu peribadi kepada pelakon berdarah kacukan ini merakam Anju tersenyum-senyum melihat pengakuan yang dibuat tunangnya (papa).
Anju sempat menegur tindakan PA dengan berkata, “Jangan buat kantoi”. Aduhai itulah dugaan bertunang kan? Semoga masalah selesai dengan cara baik.
Kredit: TikTok
The post “Jangan Buat Kantoi” – PA Rakam Anju Tersenyum Tengok Video Papa Mengaku Masih Sayang appeared first on Oh! Media.


