“Jangan buat malu geng lama” – Idris Ahmad selar PKR Putrajaya soal demonstrasi?

LocalPolitics
16 Jul 2025 • 6:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad tampil menyindir tindakan PKR Putrajaya yang membuat laporan polis berhubung perhimpunan Turun Anwar anjuran Pemuda PAS, yang dijadual berlangsung 26 Julai ini di ibu negara.

image is not available

Idris Ahmad selar PKR Putrajaya, anggap tindakan lawak

Hantaran media sosial yang dibuat Idris itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai ‘lawak’, sekaligus mempertikaikan kefahaman sesetengah pemimpin muda PKR terhadap sejarah asal-usul parti mereka sendiri.

“Tiba-tiba (mereka) jadi pencinta keamanan dan ketenteraman awam kononnya.

“Elok juga kita tanya, masa zaman reformasi dulu, kamu ni umur berapa? Dah boleh berlari ke belum, atau baru pandai sebut (nama) ‘Anwar’?

“PKR ni asalnya lahir dari perut jalan raya. Asap gas pemedih mata tu umpama minyak wangi perjuangan masa tu,” katanya sinis.

image is not available

Idris Ahmad selar PKR Putrajaya, pertikai adakah betul2 tahu sejarah

Hal ini susulan laporan polis tersebut dibuat oleh Timbalan Ketua PKR Putrajaya, Sharif Jeev Abdullah bersama beberapa pemimpin cabang.

Idris turut mempertikai sama ada mereka benar-benar tahu sejarah parti, atau hanya kenal demonstrasi melalui TikTok.


“Yang peliknya, yang lapor ni tahu sejarah parti sendiri atau tidak? Atau mereka ni hasil generasi copy-paste, tahu demo pun dari TikTok, bukan dari tapak jalan?” katanya.

Dalam pada masa yang sama beliau juga ada menyebut nama Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Md Akin, dengan nada menyindir.

“Sam, tolonglah slow talk sikit dengan budak-budak kanyak ni. Jangan bagi mereka buat malu geng lama.

“Nak jadi ‘anak jantan politik’, jangan takut tengok orang berhimpun,” tegasnya.

image is not available

Difahamkan, hantaran yang dibuat oleh beliau itu merujuk kepada perhimpunan Turun Anwar yang dicadangkan pihak PAS dilakukan pada 26 Julai nanti bagi menggesa Perdana Menteri meletak jawatan.

Sumber: Facebook Idris Ahmad