Ziarah bukan lesen sebar gambar! Keluarga Abdul Hadi Awang kesal Menteri Kesihatan tak hormat privasi

LocalPolitics
18 Jun 2025 • 7:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Keluarga kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang meluahkan rasa kesal terhadap penyebaran gambar lawatan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang menziarahi beliau di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur hari ini.

Anaknya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata tindakan memuat naik gambar tersebut di Facebook tanpa kebenaran keluarga adalah sangat tidak wajar.

“Malah penyebaran gambar tuan guru (Abdul Hadi) tanpa izin keluarga yang dimuat naik di Facebook menteri untuk tatapan awam, amatlah tidak wajar dan sangat tidak beretika.
“Sikap tidak profesional ini sangat dikesali,” katanya yang juga Exco kerajaan Terengganu.

image is not available

image is not available

Keluarga Abdul Hadi Awang kesal Menteri Kesihatan tak hormat privasi

Menurutnya, keluarga turut kecewa kerana Dzulkefly didakwa tidak menghormati privasi dan prosedur operasi standard (SOP) lawatan hospital.

Terdahulu, Dzulkefly berkongsi beberapa keping gambar lawatannya ke IJN di laman Facebook rasmi beliau.

“Saya dimaklumkan bahawa walaupun prosedur yang kompleks, semuanya telah berjalan dengan lancar.
“Insya-Allah, beliau dijangka akan pulang dalam waktu terdekat, dan marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan sepenuhnya,” katanya.

image is not available

Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada pasukan Kardiologi dan Surgeri Kardiovaskular dan Torasik IJN atas usaha dan rawatan yang diberikan.