“Jangan buat orang tak selesa” – Penonton Dakwa Pasangan Buat Perangai Masa Konsert ST12?

Entertainment
13 Mar 2023 • 2:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini telah berlangsungnya Konsert Reunion ST12: 20 Tahun Charly Berkarya yang bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil pada malam Sabtu, 11 Mac.

Pasti ramai peminat yang teruja dengan persembahan band yang berasal daripada Indonesia itu dengan lagu-lagu mereka yang sememangnya nostalgia kepada orang ramai.

Walaubagaimanapun, menerusi sebuah ciapan yang tular, salah seorang daripada penonton konsert telah meluahkan rasa bengang dan mendakwa ada pasangan yang buat perangai ‘tak senonoh’ semasa konsert berlangsung.

image is not available

Menurut individu terbabit, pasangan tersebut dikatakan dengan selamba telah menghisap vape (rokok elektronik) di dalam arena tersebut walaupun, peraturan telah melarang penonton membawa vape ke konsert.

Individu berkenaan turut memberitahu, pasangan tersebut turut melakukan aksi tidak senonoh sambil berpelukan di hadapan penonton-penonton lain.

image is not available

Oleh kerana ruang yang terhad dan penonton yang ramai, insiden itu telah membuatkan orang di sekeliling mereka berasa tidak selesa dengan ‘perangai’ yang ditunjukkan oleh pasangan tersebut.

Difahamkan, ada penonton yang telah menegur perbuatan pasangan tersebut, namun mereka masih lagi dilihat bermesra-mesraan.

image is not available

Mengakhiri ciapan tersebut, individu terbabit telah meluahkan rasa bengang terhadap perangai pasangan itu yang dikatakan telah merosakkan suasana konsert tersebut.

Dia sempat menitipkan pesanan agar orang lain tidak mengotorkan suasana dan buat penonton lain berasa tidak selesa.

image is not available

Netizen turut berasa tidak selesa

Tinjauan ke ruangan komen, ada beberapa orang penonton yang berada di tempat kejadian juga berkongsikan rasa tidak selesa mereka apabila melihat perangai pasangan terbabit.

image is not available

image is not available

Walaubagaimanapun, ada warganet yang meluahkan rasa hairan mengapa individu tersebut tidak tegur pasangan itu ketika konsert sedang berjalan sebaliknya, hanya mengambil gambar dan memuat naik ke media sosial.

image is not available

Sumber : Twitter

Hadoiii.. Apa pendapat korang ek?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.