“Jangan Cabar Orang Yang Dah Lama Bersabar” – Adira Salahudi Berang Ada Individu Dengki Dengannya

31 Jul 2024 • 10:54 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini pempengaruh dan usahawan terkenal Adira Salahudi, meluahkan rasa kecewa dengan individu yang mempunyai hasad dengki terhadap dirinya dan keluarga.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Adira menjelaskan bahawa dia sudah lama bersabar. Namun, kali ini dia terpaksa untuk membuka mulut bagi meluahkan rasa yang dipendam selama ini.

image is not available

Sebab saya rasa malas nak layan orang toksik. Mungkin ini jadi post first and last untuk dia. Sebab bagi Adira, dia bukan siapa siapa dalam hidup saya dan tak penting untuk saya melayan.

Cukup-cukup la bergaduh dengan bayang-bayang sendiri, Jangan busuk hati dengan kehidupan orang.

Selain itu, Adira juga menjelaskan bahawa dalam perniagaan tiada istilah untuk bersaing kerana semua rezeki sudah ditetapkan oleh Allah Swt.

Dalam pada itu, Adira juga berkata dia menjalankan perniagaan ini daripada hasil titik peluhnya. Termasuklah mengeluarkan modal menggunakan wang simpanan sendiri.

Saya mula pun semuanya dari bawah. Saya bukan mengemis funder dari sesiapa. Saya guna modal yang selama ni saya simpan. Mula dari buat model.

Jangan persoalkan siapa di sebalik bisnes saya. Tiada siapa! Hanya doa aku kepada Allah, hanya kudrat yang aku usahakan.

Adira juga memberi amaran kepada individu tersebut supaya jangan menguji kesabaran seseorang yang sudah lama bersabar.

image is not available

Jap!