Jangan ‘cover up’ salah laku, integriti bermula dari kepimpinan tertinggi

LocalPolitics
26 Jul 2026 • 5:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jangan ‘cover up’ salah laku, integriti bermula dari kepimpinan tertinggi

KUALA LUMPUR – Isu integriti, rasuah dan salah laku dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu ditangani secara tegas tanpa mengira pangkat atau kedudukan, kata Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata, tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang melanggar undang-undang penting bagi mengelakkan ia menjadi budaya dalam pasukan.

“Kalau kita tak tegas, kita melindungi aktiviti-aktiviti (salah), itulah yang jadi keadaan macam hari ini. Jangan kita jadikan itu sebagai budaya, jangan ‘cover up’ (selindung). Kalau ada yang tidak betul, ambil tindakan tanpa kira pangkat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seramai 12 pegawai dan anggota ditahan berhubung kes pemerasan bernilai RM2 juta membabitkan seorang lelaki warga China.

Menurut Ayob Khan, sepanjang kerjayanya dalam pasukan polis, beliau tidak pernah berkompromi terhadap pegawai atau anggota yang terlibat dalam kegiatan menyalahi undang-undang.

Beliau berkata, ketika menerajui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), beliau pernah mengambil tindakan terhadap pegawai berpangkat tinggi termasuk yang berpangkat superintenden dan asisten komisioner polis.

“Saya tangkap juga. Ada yang saya ambil tindakan terhadap pegawai, ada yang saya tangkap. Jadi jangan ada ‘cover up’. Kalau rasuah itu dianggap budaya, rosaklah kita,” ujarnya.

Ayob Khan turut menekankan bahawa usaha memperkukuh integriti perlu bermula daripada kepimpinan tertinggi.

“Atas kena tegas, bawah insya-Allah. Saya sentuh pasal isu integriti, rasuah, salah laku. Jangan menganiaya orang dengan kedudukan kita, jangan menganiaya masyarakat,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

The post Jangan ‘cover up’ salah laku, integriti bermula dari kepimpinan tertinggi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved