'Jangan fitnah, saya masih isteri Najib’ - Rosmah

LocalPolitics
3 Feb 2025 • 4:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar akaun Facebook palsu Rosmah yang mendakwa statusnya sebagai bekas isteri Najib.

SHAH ALAM - Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan beliau masih isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sah dan menafikan dakwaan sebuah akaun Facebook palsu yang menggunakan nama beliau.

Rosmah berkata, akaun Facebook itu yang memaparkan maklumat kononnya beliau bekas isteri Najib adalah bukan miliknya.

“Sila ambil perhatian bahawa akaun Facebook Rosmah Binti Mansor ini bukanlah akaun tulen saya.

“Dan saya masih isteri kepada Datuk Seri Najib Razak. Jangan buat fitnah,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Isnin.

Rosmah turut berkongsi tangkap layar akaun Facebook palsu berkenaan kepada pengikutnya.

Kata Rosmah, beliau hanya mempunyai satu akaun Facebook dan satu akaun Tiktok sahaja iaitu masing-masing di pautan https://www.facebook.com/Rosmah2022 dan https://www.tiktok.com/@rosmahmansor2022?_t=ZS-8tbIcBln1AF&_r=1.