“Kata nak refund” – Isu Scam Pakej Korea, Pelanggan Kirim ‘Salam 1 Februari’ Pada Kim Seri

Entertainment
3 Feb 2025 • 12:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Lama juga rasanya kita tak dengar cerita mengenai Kim Seri, kan? Kalau ada yang masih ingat, nama pempengaruh ini pernah mendapat perhatian netizen selepas tular isu dakwaan penipuan pakej pelancongan ke Korea.

Kim Seri walau bagaimanapun, sudah membuat permohonan maaf dan mengakui timbulnya masalah berkaitan pakej Korea Selatan tersebut.

image is not available

Dia juga berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut melalui pelan pembayaran yang akan dijelaskan sebelum atau pada 1 Februari 2025.

Kim Seri tak tepati janji?

Namun 1 Februari telah pun berlalu dan para pelanggan kini menagih janji yang ditaburkan Kim Seri.

Menurut satu video yang tular di TikTok, seorang wanita yang dipercayai mangsa pakej pelancongan Kim Seri mendakwa pempengaruh tersebut tidak menunaikan janjinya, selain pempengaruh itu juga gagal dihubungi.

Assalamualaikum Kim Seri. Salam 1 Februari. Sebab dekat WhatsApp tak boleh bagi salam, satu tick. Dekat Instagram nak bagi salam, tak jumpa nama tu walau dah search.

“Dekat TikTok pun tak boleh. Dah tulis full K-I-M-S-E-R-I tapi tak jumpa. So harapnya jumpalah video saya. Sepatutnya sebelum 1 Februari,” katanya.

@shmnrn11

TOLONG KORANG SAMPAIKAN SALAM, HILANG RADAR TU RISAU #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – Shmnrn – Shmnrn

Video tersebut mendapat pelbagai komen balas daripada netizen yang mana mengecam tindakan Kim Seri yang tidak bertanggungjawab dalam melangsaikan refund dan menghilangkan diri begitu sahaja.

image is not available

Dalam pada itu, tinjauan di akaun Instagram Kim Seri mendapati pempengaruh tersebut masih membuat posting di IG story seperti biasa dan katanya sedang bekerja demi membayar hutang yang tertunggak.

image is not available

Apa-apapun diharapkan Kim Seri segerakanlah pembayaran refund tersebut kepada pelanggan. Kesian bagi mereka yang perlukan duit tu.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.