Jangan gelabah bila anda terima mesej akaun dorman daripada TNG eWallet, ia adalah ralat

15 Nov 2022 • 3:25 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Hari ini ramai yang menyerbu ruangan komen setiap utusan Touch n Go eWallet di laman sosial. Aduan mereka adalah sama iaitu mereka menerima mesej yang akaun mereka berada dalam status dorman dan akan dikenakan fi sebanyak RM2.50/annum.

image is not available

Salah seorang penulis kami, Najib, juga menerima mesej yang sama. Apabila diperiksa sejarah transaksi TNG eWallet, tiada sebarang penolakan dilakukan berkenaan isu ini.

Rupa-rupanya, ia adalah ralat daripada pihak penyedia perkhidmatan dan mereka telahpun menghantar emel susulan yang mengandungi permohonan maaf. Pihak mereka juga mengesahkan tiada sebarang penolakan dilakukan ke atas akaun yang tidak memenuhi syarat-syarat untuk menjadi akaun dorman.

image is not available

Memang bayaran dikenakan sekiranya akaun anda tidak aktif. Berdasarkan laman FAQ "Akaun Dorman" ditakrifkan sebagai akaun yang tidak melakukan sebarang transaksi ataupun log masuk untuk 365 hari beturut-turut. Apabila akaun sebegini dikesan, status akaun akan ditukar kepada "Suspended" dan kepada "Blocked" selepas 180 hari berada dalam status Suspended.

Sebarang wang yang tidak digunakan akan dipindahkan kepada Pentadbir Wang Tak Dituntut selepas 7 tahun.

Namun, sebelum akaun itu menjadi dorman, pihak TNG eWallet akan menghantar SMS kepada nombor telefon akaun berdaftar bagi mengigatkan pemilik akaun untuk lakukan transaksi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved