Touch ‘n Go gariskan 5 tindakan drastik yang bakal diambil untuk perangi scam di eWallet mereka

15 Nov 2022 • 12:33 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pengendali Touch 'n Go eWallet hari ini mengumumkan mereka akan menggerakkan 5 langkah penting seperti yang diarahkan Bank Negara Malaysia untuk menangani masalah scam dalam talian. Walaupun Touch 'n Go Digital adalah sebuah syarikat pemula (start-up) dan bukannya bank, mereka tetap ingin mengikuti garis panduan perbankan dan ingin menjadi eWallet pertama di Malaysia menguatkuasakan langkah keselamatan itu berbanding yang lain.

image is not available

Berikut adalah 5 perubahan yang bakal dilaksanakan mereka dalam Suku 1 2023:

  1. Berhijrah daripada SMS OTP kepada kaedah yang lebih selamat
  2. Memperketat peraturan anti-scam dan menghalang transaksi meragukan
  3. Memperkenalkan tempoh bertenang dan ciri pengesahan sewaktu melanggan perkhidmatan, memasukkan peranti baharu, dan menyunting dokumen profil
  4. Mengehadkan keupayaan untuk mengesahkan transaksi kepada satu peranti untuk setiap akaun
  5. Menubuhkan saluran khidmat pelanggan khas untuk mengendalikan aduan scam

image is not available

Sebenarnya, Bank Negara sudahpun mengarahkan bank-bank di negara ini melaksanakan kelima-lima perkara di atas sebelum Jun 2023. Contohnya, Maybank telah mengumumkan kepada pelanggan mereka yang OTP akan dhihentikan sebelum Jun 2023.

Touch 'n Go pula ingin melaksanakan 3 bulan lebih awal daripada jadual. Ia adalah langkah yang sangat dialukan. Hal ini kerana, menurut Bursa Malaysia, kerugian akibat scam sewaktu 2 tahun pandemic COVID-19 melanda mencecah RM5.2 billion.

Bacaan berkaitan