“Jangan guna identiti sebagai hukuman” – CMCF Tegur Orang Ramai Jangan Sebar Maklumat Sensitif

LocalFamily & Parenting
7 Jul 2026 • 6:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft content forum

Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) tampil mengingatkan orang ramai supaya henti menyebarkan kandungan yang boleh mendedahkan identiti kanak-kanak susulan insiden penikaman di sebuah sekolah yang tular baru-baru ini.

Kata mereka dalam satu kenyataan hari ini, biarpun banyak media di Malaysia melaporkan kes itu secara berhemah, masih banyak lagi kandungan sensitif terus berlegar di media sosial, aplikasi serta halaman tidak sahih yang mendakwa diri mereka sebagai portal berita.

Artikel berkaitan: “Nama anak saya ada dalam senarai itu di nombor 10” – Bapa Mangsa T*kam Sekolah Di Banting

Artikel berkaitan: Remaja Dipercayai Alami Lebih 10 T*kaman, Berikut Kronologi Kes T*kam Di Sekolah Banting

Undang-undang yang larang dedah identiti kanak-kanak

Ketua Pegawai Eksekutif CMCF, Mediha Mahmood berkata, pihak CMCF menjelaskan bahawa Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 melarang sebarang penerbitan maklumat yang boleh membawa kepada pengenalpastian identiti kanak-kanak yang terlibat dalam prosiding jenayah atau mahkamah.

Ia bagi menjaga privasi, maruah dan peluang untuk menjalani proses pemulihan, tanpa mengira tahap keseriusan dakwaan yang dihadapi.  Beliau berkata, seseorang kanak-kanak atau remaja bawah umur juga tidak terlepas daripada mendapat perlindungan undang-undang hanya kerana berdepan dakwaan yang serius.

“Dalam kes yang lebih berat, kita perlu lebih berhati-hati kerana kemarahan awam tidak boleh dibiarkan menjadi hukuman digital yang kekal terhadap mereka.”

robin worrall FPt10LXK0cg unsplash

Malah,  tindakan penyebaran identiti kanak-kanak bukan sahaja memberi kesan kepada individu yang terlibat, malah boleh menjejaskan pelajar lain, rakan sekolah dan ahli keluarga.

Ia boleh menyebabkan tekanan psikologi, aib kepada keluarga, kemungkinan tindakan balas dan kesan jangka panjang yang mungkin berterusan walaupun isu itu sudah tidak lagi menjadi perhatian masyarakat.

Dalam pada itu, CMCF turut menggesa orang awam supaya tidak mencari, berkongsi atau menyebarkan semula kandungan yang mendedahkan identiti atau maklumat peribadi kanak-kanak terbabit.

Pihaknya juga menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan platform media sosial, organisasi media, masyarakat sivil dan agensi kerajaan bagi mengurangkan penyebaran kandungan berbahaya serta mempertahankan hak, maruah dan kebajikan kanak-kanak.

Sumber : CMCF

Sumber: Gambar HiasanSumber: Gambar Hiasan

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved