Jangan Guna Sabun, Ini Cara Sebenar Cuci Lesung Batu Baharu

CookingLifestyle
17 Aug 2025 • 11:09 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jangan Guna Sabun, Ini Cara Sebenar Cuci Lesung Batu Baharu

Pastinya di setiap rumah akan ada lesung batu walaupun ramai memilih untuk menggunakan pengisar elektrik bagi memudahkan urusan memasak.

Seperti yang diketahui, lesung batu merupakan alat yang penting dalam penyediaan makanan tradisional, terutamanya dalam masakan Melayu. Ia bukan sahaja alat memasak tetapi juga sebahagian daripada warisan budaya.

Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui bahawa lesung batu yang baru dibeli sebenarnya perlu dicuci dengan cara tertentu sebelum digunakan.

Hal ini penting kerana proses pembuatan lesung batu melibatkan serpihan halus batu, habuk dan kotoran yang mungkin masih melekat pada permukaannya.

Sekiranya tidak dibersihkan dengan betul, kotoran ini bukan sahaja boleh menjejaskan kebersihan makanan, malah memberi kesan kepada rasa dan kesihatan. Justeru, SK hari ini akan kongsikan tip daripada seorang pengguna TikTok (@icookweeat_tt) cara-cara membersihkan lesung batu yang baru dibeli.

Tidak perlu letak sabun untuk bersihkan lesung batu

Menurut @icookweeat_tt, anda perlu rendamkan lesung batu semalaman di dalam air tanpa meletakkan sabun. Pada keesokan harinya, angkat dan masukkan satu sudu beras ke dalam lesung batu ketika ia masih basah.

Selepas itu, tumbuk beras sehingga hancur dan pastikan ia merata di seluruh permukaan lesung batu. Apa yang paling penting ialah anda perlu tumbuk sehingga beras bertukar warna kelabu sama seperti warna lesung batu tersebut.

@icookweeat_tt berkata perubahan warna itu menunjukkan bahawa permukaan lesung tersebut sudah bersih dan boleh digunakan dengan selamat. Akhir sekali, bilas peralatan berkenaan dengan air paip hingga bersih.

Tip memilih lesung batu yang elok

Dalam pada itu, @icookweeat_tt turut kongsikan beberapa tip untuk memilih lesung batu yang elok. Antaranya ialah cari bentuk lesung yang dalam dan pilih alu yang lebih besar serta berat.

Pilih lesung batu yang diperbuat daripada batu asli dan bukan daripada marmar kerana permukaan marmar lebih licin.

Selepas digunakan, bilas lesung batu dengan aliran air sahaja. Elakkan daripada menggunakan sabun kerana ia boleh terserap ke dalam batu. Sebaiknya cuci segera selepas digunakan agar lebih mudah dibilas dan sentiasa bersih.

@icookweeat_tt

02.11.2024 Sharing tips lesung batu baru. Semoga bermenafaat. Tujuannya supaya debris/serbuk batu yg ada di permukaan dlm lesung tu tanggal. So bila guna nnt idak le termasuk sekali dlm bhn yg kita tumbuk tu. Antara petua bonda Sis regarding stone mortar & pestle ni : cari bentuk yg dalam alu nya besar/berat made of batu not marble (marble licin) bila dah guna basuh dgn aliran air je TAK PERLU SABUN sbb nnt air sabun tu terserap ke dlm lesung tu.. dah guna cuci terus baru la mudah bilas Actually ni lesung ke 4 dah dlm rumah ni. Sis dah develope minat nk collect lesung eheh.. Lain maciammm je beliau tgk bila Sis kata nk beli yg ni. I hv lesung of diff shapes n material. Ya tau..leceh numbuk2. Tp biarlah secanggih mn pun dapur n kitchen appliances kita, lesung tetap kena ada. Dia macam nadi dapur Melayu. Begituhhhhh.. #petua#tipsdidapur#tipsdidapuricookweeat #lesungbaru#lesungbatu#stonemortar#stonemortarandpestle #lesungdanalu

♬ original sound – icookweeat_tt – icookweeat_tt

View Original Article