
Isu kebakaran hutan dan tanah (karhutla) di Kalimantan yang menyebabkan jerebu merentasi sempadan ke Malaysia dan Singapura terus menjadi perhatian.
Terbaru, Ketua Komisi VIII Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, Marwan Dasopang tampil memberi pandangan berhubung perkara itu.
Menurutnya, Malaysia dan Singapura tidak seharusnya hanya membuat bantahan terhadap Indonesia kerana kedua-dua negara itu juga mempunyai kepentingan dalam sektor perladangan sawit di republik berkenaan.
Jerebu: Malaysia, Singapura Juga Ada Peranan - Marwan
Tegasnya, mereka sebaliknya perlu turut bersama-sama memainkan peranan dalam usaha mencegah kebakaran hutan.
"Mereka juga perlu ingat bahawa Malaysia dan Singapura turut mempunyai ladang di Indonesia.
"Jadi, jangan hanya protes, tetapi turutlah serta dalam usaha pencegahan. Mereka juga membuka ladang sawit di sini, sama ada melalui syarikat mahupun individu.," kata Marwan di Bangunan DPR, Senayan, Jakarta pada Jumaat.
Perlu Jelaskan, Indonesia Punyai Wilayah Yang Luas
Bagaimanapun, dari sudut hubungan antara negara, Marwan berkata kerajaan Indonesia masih perlu memohon maaf dan meminta bantuan sekiranya diperlukan.
Beliau turut meminta kerajaan menjelaskan bahawa Indonesia merupakan sebuah negara yang sangat luas.
“Saya fikir kita perlu memberikan penjelasan dan kefahaman kepada negara jiran bahawa Indonesia turut berdepan kesukaran untuk menanganinya kerana wilayah negara ini sangat luas,” tambah Marwan
Seperti diketahui, kebakaran hutan dan tanah yang melanda beberapa wilayah di Kalimantan bukan sahaja menjadi masalah kepada Indonesia.
Baca juga:Jerebu yang berpunca daripada kebakaran tersebut turut mula memberi kesan kepada negara jiran, khususnya Malaysia, apabila asap dibawa angin merentasi sempadan.
Keadaan itu mendapat perhatian beberapa media luar, terutama media Malaysia yang menyoroti kemerosotan kualiti udara di Sarawak serta kesannya terhadap aktiviti masyarakat.
Selain itu, Media Singapura turut menyuarakan perkara yang sama.
Malah, ratusan sekolah di Sarawak terpaksa ditutup sementara susulan kemerosotan kualiti udara akibat jerebu.
Situasi tersebut menunjukkan bahawa kesan kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan telah merebak sehingga ke wilayah negara jiran


