“Jangan Jadi Mangsa Fesyen”, Penampilan Baru Nurul Shuhada Dikritik Warganet

8 Jan 2024 • 12:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Selepas Nurul Shuhada diceraikan oleh suaminya, Hafidz Roshdi penampilan terbaharunya kini menjadi perhatian netizen.

Malah, Shuhada kini tampil lebih berseri selepas mengalami penurunan berat badan dan juga sudah pandai bergaya.

Walau bagaimanapun, penampilan baharunya itu dikritik netizen selepas Shuhada memuat naik satu video pendek di Instagramnya.

Meninjau di ruangan komen, ada sesetengah netizen yang memuji kecantikan Shuhada, namun turut ada beberapa yang menasihatinya agar tidak menjadi mangsa fesyen.

image is not available

Tambahan, netizen berpendapat seluar skinny berwarna hitam yang digayakan Shuhada itu kurang sesuai dengannya yang berpenampilan wanita bertudung kerana menampakkan bentuk peha dan juga kakinya.

image is not available

image is not available

image is not available

Terdahulu, bekas isteri Hafidz Roshdi ini juga pernah dikecam warganet kerana menjual produk makanan dengan harga tidak masuk akal.

Sebelum ini, bekas isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada telah memberi petunjuk aktres Puteri Sarah Liyana tidak lama lagi bakal berkahwin.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7319709910051179778?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778