‘Jangan jadikan bahan ni sebagai marketing korang’ – Kakak Misya

7 Mar 2024 • 12:19 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Kisah mengenai pempengaruh Marissa Dania masih menjadi tumpuan. Sehingga kini, dia dan Aslam masih tidak memberikan kenyataan terperinci mengenai perkahwinan mereka.

Beberapa video dan gambar tular antara mereka menjadi perhatian ramai apabila sebuah butik pakaian memuatnaik hantaran pasangan berkenaan menjadi model untuk koleksi raya.

Dalam pada masa yang sama dikatakan Misya, isteri pertama Aslam turut berada di lokasi yang sama dan menjalani sesi penggambaran di butik yang sama. Bagaimanapun menurut kakaknya, Misya tidak tahu menahu tentang kehadiran mereka.

image is not available

Susulan itu katanya, pihak Misya meminta agar tidak dimuatnaik hantaran Misya bersama Marissa. Namun begitu, didapati pihak butik tetap menaikkan hantaran tersebut. Di ruangan komen, kakak Misya yang dikenali sebagai Nadiah mengecam tindakan pihak butik yang disifatkan mengambil kesempatan untuk tujuan pemasaran.

Semakan mendapati, hantaran tersebut sudah dipadamkan oleh pihak berkenaan. Namun begitu, video dan gambar-gambar tersebut telah tular di media sosial.

Dalam pada itu, Nadiah meminta pihak jenama tersebut membuat permohonan maaf kepada adiknya.

image is not available

“Jelitawardrobe minta maaf pada Misya kerana mungkin dalam keasyikan, kerasukan dan kesungguhan untuk menaikkan produk jenama kalian sampai melukakan hati manusia yang sememangnya sudah lama terluka,” tulisnya.

Ketika ini, Misya dilihat tidak memberikan apa-apa kenyataan sebaliknya hanya ‘repost ig story’ tentang rasa kecewa dengan cara pemasaran pihak berkenaan.

Sumber: nadiahmazlan