“Owner Spesis Tak Ada Empati” – Butik Muslimah Dikecam Ambil Marissa & Aslam Jadi Model, Kakak Misya Dedah Perkara Sebenar?

7 Mar 2024 • 11:50 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai satu video memaparkan satu butik pakaian muslimah menampilkan anak pelakon Abby Abadi dan Norman, Marissa Dania dengan suaminya, Aslam sebagai model.

Namun, setelah ia menjadi ‘viral’, muncul pula dakwaan daripada netizen yang mengatakan isteri pertama Aslam, Misya tidak tahu menahu mengenai sesi ‘photoshoot’ suaminya bersama madu, Marissa.

Dakwa kakak kepada Misya ini, adiknya tidak tahu Aslam dan Marissa akan ‘shoot’ produk yang sama malah menolak satu ‘job’ daripada satu jenama terkenal kerana perlu berada bersama madunya itu.

Berikutan itu, kakak Misya merasakan perlu mempertahankan adiknya dan meminta mana-mana jenama untuk tidak menggunakan kisah rumah tangga Misya dan Aslam sebagai salah satu bentuk ‘marketing’.

image is not available

Jenama pakaian muslimah tersebut turut dikecam orang ramai kerana dikatakan tidak mempunyai perasaan ihsan dan sensitiviti sebagai seorang manusia disebabkan tindakan mereka menggunakan kisah sedih orang lain bagi mempromosikan produk sendiri.

Kata netizen, jenama pakaian muslimah tersebut bakal diboikot dan mereka tidak akan membeli sebarang produk daripada mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 hours ago

(VIDEO) "Muka Pun Seiras, Jodoh Kuat" - Marissa Dania Hakim Pertama Kali Muncul Dengan Aslam Dalam Sebuah Sesi 'Photoshoot'