Jangan Jadikan Istilah ‘Infak’ Sebagai Strategi Pemasaran Perniagaan, Kata Mufti Pulau Pinang

LocalBusiness & Finance
24 Jun 2026 • 4:22 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Jangan Jadikan Istilah ‘Infak’ Sebagai Strategi Pemasaran Perniagaan, Kata Mufti Pulau Pinang

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Isu peniaga menginfakkan makanan menerusi jualan kini menjadi perdebatan hangat di media sosial.

Malah baru-baru ini, kecoh dan tular di media sosial seorang peniaga makanan yang menginfakkan bahan jualan mereka siaran langsung (live) sambil mengumpulkan wang daripada warganet menggunakan istilah infak sebelum makanan tersebut diagihkan kepada orang ramai.

Perkongsian itu nyata mendapat perhatian hingga ramai yang mempersoalkan konsep infak dan perniagaan yang dilakukan olehnya.

View on Threads

Istilah Infak Tak Boleh Dijadikan Strategi Perniagaan Lariskan Jualan – Mufti Pulau Pinang

Terbaharu, Mufti Pulau Pinang, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman menjelaskan istilah ‘infak’ tidak boleh dijadikan sebagai strategi pemasaran untuk meningkat jualan atau menarik pelanggan.

Jelas beliau, Islam melarang peniaga melakukan sebarang bentuk penipuan mahupun mempunyai unsur yang boleh mengelirukan masyarakat.

“Apabila seseorang meminta sumbangan menggunakan istilah ‘infak,’ masyarakat akan memahami bahawa wang yang dikumpulkan disalurkan sepenuhnya kepada tujuan kebajikan yang dimaklumkan dan setiap sen diterima perlu diuruskan secara telus serta amanah.

“Sekiranya terdapat kos operasi, keuntungan, upah pengurusan atau manfaat yang diperoleh peniaga, perkara itu hendaklah dijelaskan lebih awal kepada penyumbang bagi mengelakkan salah faham serta memastikan sumbangan diberikan atas dasar reda dan maklumat yang lengkap,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas isu peniaga makanan yang tular membuat live sambil mengumpulkan wang daripada warganet dengan menggunakan istilah ‘infak’ sebelum makanan diagihkan kepada orang ramai.

Perbuatan Guna Istilah Infak Sedangkan Ia Transaksi Perniagaan Bercanggah Dengan Syariah

Tambah Mohd Sukki lagi, sekiranya peniaga menggunakan istilah infak sedangkan ia hanyalah transaksi jual beli yang diselindungkan dengan bahasa agama, maka perbuatan tersebut bercanggah dengan syariah meskipun ia memenuhi syarat sah sesuatu akad.

Jelas beliau, keadaan itu menjadi lebih membimbangkan sekiranya istilah ibadah seperti ‘infak’, ‘sedekah’ dan ‘wakaf’ digunakan bagi tujuan promosi tanpa penerangan yang jelas.

Ini kerana ia boleh menyebabkan masyarakat hilang keyakinan terhadap institusi kebajikan serta budaya memberi.

“Dalam era media sosial, mana-mana pihak yang mengutip dana awam perlu menjelaskan tujuan kutipan dibuat, bagaimana wang digunakan, sama ada terdapat kos pengurusan atau keuntungan yang diambil serta siapa penerima manfaat sebenar.

“Semakin jelas penerangan diberikan, semakin tinggi kepercayaan masyarakat terhadap sesuatu program kebajikan.

“Sebaliknya, jika maklumat disembunyikan atau disampaikan secara mengelirukan, ia boleh menimbulkan syubhah walaupun niat asalnya baik,” katanya.

Ajak Orang Berinfak Perlu Dibuat Dengan Jujur & Telus

Terang Mohd Sukki lagi, usaha untuk mengajak orang ramai berinfak perlu dilaksanakan dengan jujur, telus serta profesional agar ibadah tersebut benar-benar menjadi sumber keberkatan dan tidak mencetuskan pertikaian.

“Islam tidak pernah menghalang kreativiti dalam menggerakkan kebajikan masyarakat. Bahkan segala usaha yang dapat menghidupkan budaya bersedekah amat dialu-alukan.

“Namun demikian, apabila kutipan dilakukan menggunakan nama agama dan istilah ibadah seperti infak, maka tanggungjawab moral dan syarie menjadi lebih besar.

“Amanah, ketelusan dan kejujuran hendaklah sentiasa dipelihara agar masyarakat terus yakin untuk menyumbang dan budaya infak terus subur dalam kehidupan umat Islam,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: “Haram Hukumnya Lelaki Berhijab Walau Untuk Berniaga” – Ustaz Azhar Idrus [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Mufti Kelantan Tegur Tindakan Wanita Pakai Bra Luar Baju Untuk Promosi Produk

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved