
KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menafikan khabar angin bahawa baginda akan berkahwin dalam masa terdekat ini.
Menerusi hantaran di Instagram Story baginda @this.7, Tengku Hassanal meminta rakyat menghormati keputusan peribadi serta privasi berkenaan perkahwinan baginda.
“Sebagai seorang putera raja dan pewaris takhta negeri, saya amat menghargai keprihatinan dan rasa ingin tahu yang ditunjukkan orang ramai terhadap kehidupan peribadi saya. Bagaimanapun, saya memohon supaya keputusan berhubung hal peribadi dan privasi mengenai perkahwinan saya pada masa akan datang, dihormati.
“Saya percaya dalam bahagian hidup yang begitu penting, ia harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Buat masa ini, saya komited untuk berkhidmat kepada Raja dan Negara, dan akan menjalankan tugas serta tanggungjawab saya dengan penuh dedikasi. Sokongan anda amat kami hargai. Terima kasih. Takde kahwin...jangan kacau saya,” titah baginda.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



