“No Wedding, Takde Kahwin” - Tengku Hassanal

12 Jul 2024 • 11:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memohon orang ramai supaya menghormati keputusan serta privasi peribadi berkaitan perkahwinan baginda kelak.

Mohon privasi

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Tengku Hassanal menerusi sebuah perkongsiannya di Instagram.

“No wedding, takde kahwin. Jangan kacau saya,” itu kenyataan ringkas dimuat naik oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah pada Instagram baginda. 

Beberapa jam selepas itu, baginda memuat naik kenyataan ringkas yang mencadangkan orang ramai berbincang mengenai perkara lain.



“Cakaplah mengenai politik Malaysia, bisnes dan bola sepak. ‘Live, laugh, love’ (hidup, ketawa, sayang),” titah baginda.

Menerusi laporan Kosmo! malam tadi, Tengku Hassanal bertitah, pilihan hidup yang penting seperti itu harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai bagi baginda.



Bagaimanapun titah Tengku Hassanal, ketika ini baginda komited mahu berkhidmat kepada Raja dan negeri.



Sebelum ini, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memohon mendoakan anakanda baginda Tengku Hassanal segera mendirikan rumah tangga.



Baginda bertitah demikian pada Titah Diraja sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada 6 Mei lalu.