
Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menyeru agar keperluan tenaga di Sabah tidak lagi dikesampingkan dan dimarginalisasi seperti yang pernah berlaku pada masa lampau.
Sebagai contoh katanya, Sabah sangat memerlukan gas untuk menjana tenaga elektrik tetapi Petronas sebagai pembekal gas utama negara ini sanggup berbelanja RM2 billion semata-mata untuk ‘membawa lari’ gas dari Sabah ke Bintulu bagi memenuhi kepentingan industri Liquefied Natural Gas (LNG).
“Bukankah lebih mudah jika meletakkan paip gas daripada Kota Kinabalu ke Sandakan? Tetapi penjanaan tenaga di Sabah melalui gas ini langsung tidak dipedulikan, sehingga hari ini telah terbukti, Sabah menghadapi masalah dalam penjanaan bekalan elektrik," kata Ahli Parlimen Tuaran itu di Dewan Rakyat menurut kenyataan media.
“Reserve margin yang terlalu rendah menyebabkan catuan elektrik dan gangguan bekalan elektrik masih berterusan. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, reserve margin penjanaan elektrik di Sabah juga sangat rendah berada di bawah paras 12% berbanding 40% di Semenanjung.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Justeru Tuaran juga ingin bertanya, apakah kesudahan projek Transgas Pipe daripada Kota Kinabalu ke Sandakan? Apakah projek ini akan diteruskan? Apa sudah jadi dengan wang yang sudahpun dikeluarkan untuk tujuan projek ini sedangkan projek tersebut tidakpun dimulakan."
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

