“Jangan Kuno Sangat, Hang Tu Katak Bawah Tempurung” – Rita Rudaini Sindir Individu Pertikai Aktiviti Ibu Bapa & Pelajar

LocalFamily & Parenting
22 Jul 2025 • 4:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menerusi akaun Instagram, aktres jelita Rita Rudaini telah berkongsi aktiviti yang dilakukan oleh pelajar-pelajar di sekolah anaknya bersama ibu bapa.

Berkonsepkan ‘potluck’, masing-masing membawa makanan untuk dinikmati bersama pada acara perjumpaan tersebut dan pelajar-pelajar pula dilihat seronok meluangkan masa bersama termasuklah merakamkan trend video.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Bagaimanapun, caption ditulis Rita meraih perhatian ramai netizen apabila dia dilihat seperti menyindir pihak yang mengkritik mereka.

Difahamkan, pihak tersebut dipercayai ibu bapa pelajar seperti tidak berpuas hati dengan aktiviti berkumpul tersebut dan sempat memerli tidak dijemput.

Tu pun jadi isu, oleh orang yang berhati busuk. Mengadu domba, maka terjadi lah ‘nak buat potluck kena maklum’ Apakah? Nak makan pun salah ke? Kalau saya tulis ni ada kata saya memalukan dan menjatuhkan.

image is not available image is not available

Beberapa individu dilihat dipercayai ibu pelajar menulis komen seperti mereka tahu siapakah gerangan yang dimaksudkan oleh Rita.

Dalam pada itu, ramai akui aktiviti seperti dilakukan Rita dan ibu bapa yang lain ini sangat menarik dan meriah di samping anak-anak juga gembira dapat meluangkan masa bersama.

Sesetengah netizen turut memuji Rita kerana ramah dengan pelajar-pelajar dan ibu bapa mereka.

image is not available image is not available image is not available image is not available

image is not available 2025-06-28 15:26:13

Dikritik Gara-Gara Tak Bertudung, Rita Rudaini 'Sekolahkan' Netizen - "Pakai Tudung Pun Buat Apa Kalau Mulut Asyik Mengumpat"