“Family Day” – Shila Amzah Kongsi Foto Bersama Bakal Bapa Tiri

EntertainmentLifestyle
16 Jul 2025 • 5:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian terbaharu penyanyi Shila Amzah bersama ibunya di media sosial telah menarik perhatian warganet.

Menerusi satu hantaran di Instagram (IG), penyanyi bernama penuh Nurshahila Amir Amzah itu memuat naik gambar bersama ibu, anak-anaknya serta seorang lelaki yang dipercayai bakal menjadi bapa tirinya.

image is not available

Namun begitu, Shila memilih untuk tidak mendedahkan wajah lelaki tersebut, sebaliknya menutup bahagian mukanya dengan kapsyen ringkas berbunyi ‘Family Day’.

Terdahulu, ibu kepada Shila, Fauziah, mengesahkan bahawa beliau bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang duda dalam tahun ini.

image is not available

Menurut laporan Harian Metro, Fauziah menyatakan bahawa lelaki berkenaan telah berjaya membuka hatinya untuk kembali berkahwin selepas hampir dua tahun hidup sebagai ibu tunggal.

Shila, yang hanya mahukan kebahagiaan buat ibunya, turut menitipkan doa agar Fauziah dikurniakan kehidupan yang penuh kegembiraan dan ketenangan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-07-16 15:16:14

"Anak Sendiri Keduniaan,Tomboi, Kejar Content.." - Netizen Dakwa Hanya Konten Ziarah Arwah Nurly, DS Vida Mohon Doa Buat Cik B