Jangan langkau batas Perlembagaan – Fadhlina

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 3:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jangan langkau batas Perlembagaan – Fadhlina

PETALING JAYA – Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyeru semua pihak supaya menghentikan sebarang tindakan yang boleh memburukkan kemelut institusi diraja Negeri Sembilan.

Ketuanya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Wanita PKR memandang serius perkembangan isu tersebut, khususnya tindakan Menteri Besar dan barisan Exco berhubung kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, serta menyarankan semua pihak memberikan ruang kepada perjalanan proses yang sah.

Beliau berkata, Malaysia dibina atas kerangka Raja Berperlembagaan dan oleh kerana itu, setiap institusi mempunyai bidang kuasa serta batas yang mesti dihormati.

“Kuasa eksekutif tidak boleh digunakan untuk mengambil alih peranan yang diperuntukkan kepada institusi lain. Apa juga perbezaan mengenai kedudukan Undang atau proses adat hendaklah diselesaikan melalui saluran dan tatacara yang sah.

“Sebarang pertikaian tidak boleh menjadi alasan untuk pihak eksekutif mengambil tindakan melangkaui bidang kuasanya. Institusi diraja tidak boleh ditarik ke dalam percaturan politik atau dijadikan medan pertarungan kuasa.

“Perbezaan boleh berlaku. Namun, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan dan adat mesti menjadi panduan kepada semua pihak,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tegas beliau, mempertahankan institusi diraja bukan soal keberpihakan politik, tetapi adalah tanggungjawab bersama supaya ia terus dimartabatkan dalam memastikan Perlembagaan dihormati. – KOSMO! ONLINE

The post Jangan langkau batas Perlembagaan – Fadhlina appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved