“Jangan lari dulu” – NGO Kesihatan Kongsi Tips Hapus Lipas Dalam Tandas, Komen Netizen Bikin Dekah

Entertainment
17 Jan 2024 • 3:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebut saja lipas, ramai daripada kita boleh tak senang duduk dibuatnya. Makhluk perosak yang suka tinggal di kawasan lembap dan tersorok ini dibenci bukan hanya kerana bergerak laju tapi juga mampu terbang sehingga digelar sebagai haiwan lain.

Korang pernah terfikir cara paling murah dan mudah untuk menghapuskan makhluk perosak ini? NGO Kesihatan iaitu Public Health Malaysia (PHM) berkongsi tips berguna cara-cara menghapuskan lipas dalam tandas.

Menurut PHM, korang hanya perlu mengisi air dan sabun cecair ke dalam botol semburan dan terus semburkan sahaja ke arah lipas. Kaedah ini membuatkan lipas mati dalam dua minit sahaja.

“Air sabun akan menyebabkan permukaan badan lipas yang berlilin pecah dan air sabun akan memasuki liang pernafasan lipas,” katanya.

Perkongsian tips ini meraih pelbagai reaksi apabila netizen mendakwa tidak sempat untuk mencapai bahan-bahan yang ada dalam tandas jika serangga itu lebih pantas dari manusia.

Ada yang mengatakan tidak mahu menunggu serangga perosak itu mati dalam dua minit kerana terasa tempoh itu lama.

Pada masa yang sama, ada juga yang berkongsi tip lain seperti sediakan selipar dalam tandas dan guna ‘alatan’ itu untuk menghapuskan lipas.

image is not available image is not available image is not available

Korang rasa akan guna cara yang mana satu?

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article