
Kota Kinabalu: Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) Datuk Zulkarnain Mahdar berkata pegawai kerajaan Sabah, terutama ketua pihak berkuasa tempatan seperti Mayor, Presiden Majlis Perbandaran, Pegawai Daerah dan kakitangan Majlis Daerah tidak harus melayan pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) yang ditubuhkan baru-baru ini.
“Kerajaan Sabah jelas menolak penubuhan JKDM yang dilancarkan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi di Sabah baru-baru ini. Justeru, sebarang aktiviti pengerusi atau setiausaha JKDM tidak sepatutnya dilayan,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.
Beliau berkata semua masalah berbangkit di peringkat kampung sepatutnya melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) termasuk Unit Pemimpin Kemajuan Masyarakat (UPPM) sedia ada yang dilantik oleh Kerajaan Sabah.
“Ordinan Pentadbiran Luar Bandar yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri Sabah hanya mengiktiraf JKKK yang dilantik oleh Kerajaan Negeri, sebagai badan pentadbiran kampung.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Justeru, bagi mengelak pertindihan permohonan pembangunan di peringkat kampung, sebaiknya semua proses permohonan hendaklah melalui JKKK atau UPPM,” katanya.
Beliau berkata, ia agak menyedihkan apabila Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang diterajui Timbalan Perdana Menteri Zahid seolah-olah menganaktirikan Kerajaan Sabah yang diterajui oleh Datuk Seri Hajiji Noor.
“Kerajaan Sabah mempunyai Kementerian Pembangunan Luar Bandar sendiri yang sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk menyalurkan peruntukan Persekutuan bagi membangunkan kemudahan infrastruktur yang kian meruncing di Sabah.
“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menyokong penuh kepimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


