‘Jangan libatkan unsur politik dalam aktiviti persatuan belia’

LocalPolitics
4 Mar 2024 • 2:38 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BEAUFORT: Persatuan belia di Sabah dinasihatkan supaya tidak melibatkan sebarang unsur politik kepartian dalam semua aktiviti mereka agar usaha memperkasa belia tidak tersasar dari objektifnya.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan (KBS) Sabah, Datuk Fairuz Renddan berkata, setiap persatuan belia berperanan melahirkan modal insan di kalangan ahlinya bagi menepati hala tuju penubuhannya.

“Dalam KBS pun kita tidak galakkan penggunaan arena belia dalam program-program politik kerana kalau kita gunakan juga, maka ia (unsur kepartian) akan melarat sampai bila-bila.

“Melalui persatuan, kita mahu lahirkan modal insan yang akan menjadi pelapis kepimpinan di masa depan dan usaha ini melibatkan pemerkasaan golongan belia tanpa unsur politik.

SPONSORED CONTENT Sabah blackouts a thing of the past with electricity power handover Kota Kinabalu: Blackouts or power outages, a regular feature in the Land below the Wind, could be a thing of the past with the federal government’s phased handover of regulatory power on Sabah’s electricity supply to the state government. Read more “Justeru kita harus murnikan semua pemikiran mereka (daripada politik), sekaligus mengembalikan ‘semangat’ dan objektif penubuhan persatuan belia di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Persatuan Belia Pedalaman Bawah Kali Ke-15 di Gem Hotel, di sini pada Sabtu.

Hadir sama Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Pedalaman Bawah merangkap Pengerusi Tetap Majlis Belia Sabah (MBS), Mazlan Joehari Manan.

Dalam perkembangan lain, Fairuz menggalakkan semua persatuan belia menjadi pasukan barisan hadapan untuk tangani sebarang bencana yang berlaku di kawasan masing-masing.

Sebagai contoh katanya, persatuan dan kelab belia Pedalaman Bawah harus berperanan membantu agensi-agensi kerajaan dalam menangani banjir sebagaimana sering berlaku di Beaufort.

“Beaufort selalu banjir, jadi saya minta persatuan atau kelab belia ini turut berperanan membantu agensi-agensi kerajaan yang terlibat menangani bencana ini.

“Justeru selain aktif dengan aktiviti masing-masing, setiap persatuan belia juga harus menyemarakkan semangat kesukarelawan yang tinggi di kalangan ahlinya,” tegasnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.