Jangan Main Beli Je, Ini Tip Pilih Saiz Topi Keledar 

1 Feb 2024 • 10:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Jangan Main Beli Je, Ini Tip Pilih Saiz Topi Keledar

Topi keledar merupakan topi keselamatan ‘wajib ada’ oleh setiap penunggang motosikal ataupun pembonceng. Hal ini kerana pemakaian topi keledar bertujuan untuk melindungi bahagian kepala penunggang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti kemalangan.

Bukan itu sahaja, ia juga menjadi satu kesalahan jalan raya kepada mereka yang tidak memakai topi keledar ini dan boleh diambil tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Oleh itu, topi ini sangat penting dan perlu diambil berat termasuk pemilihan topi keledar yang tepat khususnya dari segi saiz.

Ini kerana masih terdapat segelintir masyarakat yang memandang sebelah mata dan tidak mengetahui pemilihan saiz topi keledar yang tepat. Bahkan ada yang memilih topi keledar hanya berdasarkan rupa luaran sahaja.

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan tip yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @motogear.my di bawah ini.

Tip Mudah Pilih Topi Keledar Ikut Saiz Yang Betul

image is not available
Gambar; TikTok @motogear.my

Dalam klip berdurasi 44 saat itu menyatakan terdapat enam tip yang perlu dilihat sewaktu pembelian topi keledar.

Pertama, ukur lilit kepala anda menggunakan tali pengukur. Kedudukan tali pengukur seperti gambar di bawah.

image is not available
Gambar; TikTok @motogear.my

Kedua, pastikan kedudukan mata sewaktu memakai topi keledar berada dalam keadaan yang betul.

Ketiga, sewaktu pemilihan, pastikan topi keledar tidak bergerak sangat ketara. Sekiranya helmet yang dipilih salah atau melebihi saiz sepatutnya, ia akan mudah bergoyang.

image is not available
Gambar; TikTok @motogear.my

Keempat, pastikan topi keledar yang dipakai berada dalam keadaan ‘fit’ dan sekiranya ia ketat tidak semestinya pemilihan saiz topi adalah salah.

Kelima, setiap topi keledar mempunyai ukuran. Jadi, semak ukuran di pelekat topi keledar anda.

Keenam, pastikan topi keledar yang dipilih sesuai dengan bentuk kepala anda. Ini kerana setiap jenama mempunyai bentuk topi keledar yang berlainan.

image is not available
Gambar; TikTok @motogear.my

Dapat sesuatu? Semoga bermanfaat.