“Kenapa kena mention harga?” – Lepas Isu Tudung RM1,200, Usahawan Dikecam Beli Kasut Harga RM5,290

Women's Fashion
5 Jan 2024 • 12:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa je tak kenal jenama tudung bawal tempatan iaitu Bawal Exclusive? Jenama itu sinonim dengan gelaran ‘kayangan’ kerana harganya yang mahal sehingga mencecah ribuan ringgit.

Baru-baru ini, hangat diperkatakan tentang isu pemilik jenama tersebut, Haliza Maysuri yang mengatakan tudung Bawal Exclusive adalah ‘murah’ meskipun berharga RM1,200. Belum habis isu tersebut, sekali lagi usahawan itu dikecam netizen gara-gara show off ketika membeli kasut tinggi di sebuah butik.

“Rasa bersalah pakai tudung murah..”

Video yang dimuat naik olehnya sendiri di TikTok, memaparkan dirinya sedang mencuba beberapa kasut tinggi untuk dipakai ketika majlis perkahwinan anaknya. Tidak hanya mencuba kasut, dia turut memberitahu harga kasut tersebut yang berharga lebih RM5,000.

Rasa bersalah pula pakai tudung murah RM1,200 ni. Sebab kasut letak kat kaki harga RM5,290. Sedangkan tudung junjung atas kepala.

Dia walau bagaimanapun, membeli kasut tinggi tersebut bersama kasut lain namun tidak mention jumlah sebenar kasut-kasut yang dibeli.

Di ruangan komen, ramai netizen memberikan reaksi tentang video berkenaan. Ada yang memberi kecaman dan ada yang memuji pengasas jenama Bawal Exclusive itu.

Beberapa netizen mendakwa pengasas tudung tersebut sengaja untuk memberitahu harga kasut yang dibeli.

image is not available

Ada juga netizen yang memerli rupa kasut tersebut sama seperti kasut lain yang berharga RM13.90.

image is not available

Di sebalik kecaman tersebut, ada netizen yang memuji Haliza Maysuri kerana penampilannya yang nampak simple dan cantik.

image is not available

Namun begitu, Haliza Maysuri ada membalas soalan seorang netizen yang bertanya di ruangan komen.

image is not available

Bestnya bila kaya macam ni!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.