‘Jangan main-main dengan keinginan isteri, rezeki saya terus datang selepas bawa dia makan kunafa’ – Lelaki kongsi tips bahagiakan isteri, rezeki semakin bertambah

Family & Parenting
20 Sep 2023 • 11:21 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

image is not available

Beberapa pendekatan yang perlu diamalkan oleh pasangan suami isteri untuk menjamin sebuah keluarga yang bahagia. Bermacam-macam petua yang diamalkan oleh orang dulu-dulu sehingga mereka kekal bahagia hingga ke hujung nyawa.

Dalam Islam sendiri, beberapa pandangan dan pendapat yang dinyatakan oleh pendakwah menyatakan bahawa jika seseorang suami membahagiakan seorang isteri, urusan dan rezekinya dipermudahkan.

Begitu juga kepercayaan yang dipegang oleh seorang lelaki berbangsa cina ini. Beliau berkongsikan kisahnya yang telah menunaikan permintaan isterinya yang mengidam untuk merasa pencuci mulut tradisional Timur Tengah iaitu Kunafa.

“Jangan main-main dengan keinginan wanita terutamanya isteri kamu.

“Semalam selepas sehari mesyuarat, dalam perjalanan balik isteri saya teringin makan kunafa. Untuk menggembirakan hatinya, kami singgah di Arab street dan kami menikmati kunafa yang sedap.

“Apabila memenuhi keinginannya, dapat menggembirakan isteri saya. Dan kepenatan saya terus hilang,” katanya.

Katanya lagi, setelah memenuhi keinginan isterinya itu, dia terkejut apabila mendapati semua nilai saham Amerikanya melonjak naik.

“Memenuhi keinginan isterimu adalah cara yang berkesan untuk mendapatkan nasib yang baik,” katanya.

Sumber: Richard Liaw

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved