Suami Kerja Kapal Beri RM8,000 Sebulan, Kecewa Dapat Tahu Isteri Kantoi ‘Main’ Dengan Bos Sendiri

Entertainment
19 Sep 2023 • 12:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Suami berjauhan dengan isteri demi mencari rezeki, berikan nafkah dalam bentuk wang ringgit yang agak banyak supaya isteri dapat hidup selesa. Namun begitu, segala pengorbanan itu ternyata sia-sia setelah mendapati kecurangan isterinya.

Hati si suami bertambah remuk apabila dia dapat tahu kekasih gelap isterinya itu mengaku pernah terlanjur dengan wanita tersebut

Dalam perkongsian menerusi platform X, lelaki tersebut membuat luahan patah hati selepas diperbodohkan oleh isteri sendiri selama 8 tahun bergelar suami isteri.

Jelasnya, dia dapat tahu isterinya main kayu tiga apabila dia nampak isterinya itu hantar video tidak senonoh kepada majikan. Malah, lebih menyedihkan lagi, apabila lelaki ini terbaca mesej perbualan mereka, lelaki ini mendapati mereka sudah melakukan hubungan atas katil.

Pada waktu luahan dibuat (16 September 2023), dia hanya memikirkan mahu bercerai dengan isterinya. Hatinya kecewa kerana nafkah bulanan yang diberikan sebanyak RM8,000.

“Duduk laut berbulan tapi bini r*men dengan jantan lain.”

Dalam luahannya hari ini, lelaki tersebut menyatakan bahawa dia sudah melafazkan cerai terhadap isterinya. Segala bukti juga dia sudah simpan untuk lawan di pengadilan.

Katanya, bos kepada isterinya itu pun sudah bersemuka dengannya dan akui bahawa isterinya itu sedang hamilkan anak majikan. Dia akan maklumkan perkara ini dari semasa ke semasa.

Kisahnya menjadi perhatian netizen dan rata-rata marah dengan sikap isterinya itu. Ada yang mendoakan agar lelaki ini menjumpai jodoh yang lebih baik apabila memulakan hidup baru.

Baca : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved