
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan telefon pintar mempunyai banyak kemudahan termasuk hiburan yang sering diperlukan oleh manusia di masa kini.
Sebagai contoh menerusi telefon pintar anda boleh mengakses kepada media sosial, menonton cerita dan banyak lagi. Selain itu, telefon pintar juga sering digunakan untuk menyelesaikan pelbagai perkara termasuklah hal berkaitan kerja.
Namun ada juga segelintir yang menggunakan telefon ketika makan seperti untuk menonton drama, filem atau melihat media sosial.
Ini sebab tak boleh makan sambil tengok telefon atau televisyen
Namun Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli baru-baru ini mengatakan perkara itu sebenarnya boleh memberi kesan kepada otak seseorang individu yang melihat telefon atau televisyen sewaktu makan.
Bahkan Amirul menasihatkan orang ramai untuk fokus kepada makanan dan perbuatan tersebut.
“Sebab baru-baru ini saintis jumpa satu kumpulan neuron ni dekat dalam otak, meal memory neurons yang simpan memori setiap kali anda makan.
“Neuron ni ia rekod apa yang anda makan, bila anda makan, dan dekat mana anda makan. Sebab itu bila neuron ini terganggu otak anda jadi kurang ingat. ‘Eh aku dah makan ke belum?’
“Perkara ini menyebabkan anda cenderung untuk makan berlebihan dan bayangkan bila otak tak ingat yang anda dah makan, isyarat lapar itu datang lagi walaupun perut dah penuh,” jelasnya.
Otak tak berikan tumpuan kepada makanan
Katanya antara punca perkara itu berlaku kerana seseorang itu melihat media sosial atau menonton televisyen sambil menikmati makanan. Ini kerana, otak tidak memberikan tumpuan kepada makanan.
Menurutnya lagi neuron yang sepatutnya aktif untuk membentuk ‘Meal Engram’ memori itu menjadi lemah.
Kesan kepada perkara itu, otak tidak dapat menyimpan maklumat yang tepat seperti apa yang dimakan oleh individu berkenaan.
“Kalau anda nak kawal selera makan dengan cara semula jadi, memang makan tu kena penuh dengan kesedaran. Nikmati setiap suapan, sedar yang anda sedang makan.
“Ini untuk sistem ingatan dan kawalan selera yang berfungsi lebih baik.”
@amirul.ramli
Ramai mengaku mereka makan sambil tengok telefon
Melihat di ruangan komen, ramai yang mengakui mereka melihat telefon atau televisyen sewaktu sedang makan.
Bahkan ada yang mengatakan melayan siri episod dari drama Korea lebih mengasyikkan sewaktu sedang makan.
Ada juga yang mengatakan pernah mendengar ada ustaz yang menyuruh untuk melihat makanan yang sedang dimakan kerana ia rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.
“Alaa, nak layan cerita Korea sambil makan baru best”

“Ada ustaz cakap makan kena tengok makanan yang dimakan, rezeki yang Allah SWT berikan. Terus tukar habit, walaupun susah, masih cuba, makan letak fon jauh-jauh.”

“Sumpah, kalau makan sambil tengok benda lain, auto tak boleh fokus. Perut macam kurang penghadaman yang betul.”


![Kenapa Penting Untuk Anak Bermain & Aktif? Ini Penjelasannya [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)
